Powered By Blogger

Tuesday 3 January 2012

Puteri Kayangan Bak Bidadari

alahai beruntungnya kita kalau dapat berkahwin dengan puteri bunian kan, yelah bukan calang-calang orang yang dapat mengahwini puteri kayangan. dah lah sopan dan santun kata orang,kalah wanita yang ada didunia ini.kan bagus kalau aku atau pun sesiapa dapat memiliki gadis seperti itu. namun kalau kita dah berkahwin dengan orang bunian atuk aku kata.susah kita nak dilepaskan. yelah sebab mereka ni jenis kalau dah sayang, mereka akan sanggup 24 jam bersama dengan orang disayanginya. kan untung kalau aku dapat awek macam tu. kata atuk aku lagi, oarang kayangan ni asalnya adalah bidadari yang turun kedunia. bukan untuk membuat kacau tetapi sebaliknya mencari orang yang dinanti setelah sekian lama. rugilah kalau mereka dah ada yang melekat dihati buang macam itu sahaja bukan. kata atuk aku lagi puteri kayangan ni kalau dimainkan hatinya mau marah tak sudahnya kalau janji telah dibuat tapi tak ditunaikan. sifat mereka bukan seorang yang mudah melupakan kan janji. namun kita yang manusia inilah yang selalu melupakan janji. puteri kayangan mempunyai sifat seperti


  • suaranya halus seperti pabila bercakap, seolah macam berbisik
  • mudah senyum dan menyayangi orang yang ada disekelilingnya
  • mudah terpengaruh dengan keadaan sekeliling manusia
  • cepat belajar
  • penyabar no 1
  • pemarah apabila dimainkan
  • cepat merajuk
  • kalau dah manja kalah rasa sayang akan dirinya
itulah sifat nya yang aku ketahui dari atuk aku, kalau orang tu yang ada berkawan dengan puteri tu bagilah kat aku jugak ye. bukan apa aku ingin juga rasa disayangi dengan teramat sangat. oh ye atuk aku ada katakan lagi, bahayalah kalau kita dah mengkat janji dengan mereka, kerana mereka akan menuntut suatu hari nanti.
sebab mereka bukan jenis yang mudah melupakan janji yang telah ditaburkan. kerana mereka adalah berdarah diraja juga. ketulahan lah bagi kita andai mempermainkan perasaan nya. jadi janganlah kita sanggup berkahwin atau berkawan jika kita tidak yakin akan diri kita. nescaya akan terjadi bala yang masa panjang akan berlaku kepada orang berkenaan. jadi beringatlah kata atuk aku, kerana orang seperti mereka pantang ditipu dan sebagainya. yelah sedangkan kita sebagai manusia lagi benci oranng menipu kita betul tak?
betul kan, mereka ni kalau dah dikahwini mereka tidak akan pernah sekali menuntut cerai fasakh atau kasih. kerana mereka ini adlah jenis yang setia. mukin mulut mereka kata ''aku nak minta cerai dengan kau'' tapi dalam hati mereka  berkata mereka  tak sanggup minta diceraikan. wah dalamnya cinta mereka bukan.
kita janganlah kata orang mempermainkan mereka kerana takut memakan diri setelah berjanji itu ini. mukin ada manusia yang tidak percaya akan kewujudan mereka. biarkan sahaja, kerana mereka belum pernah melalui sebab itulah mereka bijak berkata. bila dah kena depan mata sendiri nanti barulah terkejut kera kata orang.

1 comment:

  1. Casino Slot Machines - Airjordan2 Retro
    The game has some of the best sound of all time with an intense sense of new air jordan 18 retro racer blue scale that where to order air jordan 18 retro varsity red makes it one of the how to get air jordan 18 retro men blue best video game top air jordan 18 retro red suede systems. All the air jordan 18 retro racer blue online store players

    ReplyDelete